Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Terpanggil hati saya untuk berkongsi ilmu fiqh sunnah wanita karangan Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bilamana melihat keadaan kaum muslimah saat ini,waima saya sendiri juga yang sebenarnya kadang-kadang tersasar dari jalan sunnah..bila mana  banyak sangat sebenarnya perkara-perkara fiqh wanita yang kita pandang remeh dan ambil ringan ,padahal tidak diragukan bahawa dalam melaksanaka n syariat atau ibadah kepada Allah sememangnya memiliki syrat-syarat,rukun-rukun dan kewajipan-kewajipan yang harus dipenuhi demi kesempunaan ibadah tersebut. Amal ibadah seorang hamba tidak akan diterima kecuali setelah terpenuhnya 2 syarat ,iaitu mengikhlaskan semua ibadahnya hanya kepada Allah,dan kemudian amal ibadah tersebut haruslah sesuai dengan  apa yang telah dicontohkan dan diajarkan oleh Rasulullah.
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya,maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabb-nya.”(Al-Kahfi:110)
Kerana itu ,inti kebahagiaan  seorang hamba di dunia dan akhirat adalah ketika ia mampu membezakan yang haq dari yang batil.dan daripada inilah,seorang hamba itu akan berusaha mendapatkan ilmu yang bermanfaat.setelah mendapatkan ilmu tersebut, ia mengikutinya dengan amal soleh daripada ilmu yang telah diketahuinya itu.moga perkongsian ini akan memberi kita panduan unttuk menjadi muslimah yang sentiasa berada di atas jalan sunnah dan akhirnya akan mendapat keampunan dariNya..ameen..
Oleh kerana buku ini mencakupi semua hal berkenaan fiqh wanita,insyaAllah saya akan cuba menulisnya sedikit demi sedikit,bergantung pada masa dan keadaan saya dengan keizinanNya.moga Allah akan memberi kita pemahaman yang jelas dan mempermudahkan kita dalam mendalami ilmu ini.
Rasulullah SAW bersabda:”barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya dalam masalah agama.”(Muttafaq alaih)
1: PAKAIAN WANITA MUSLIMAH
Kewajipan menutup aurat
Allah ta,ala berfirman:
“Hai anak Adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(al- A’raf:26)
Dan Nabi SAW pernah ditanya tentang aurat,lalu beliau bersabda,
“jagalah auratmu kecuali dari isteri dan budakmu” Beliau ditanya,”bagaimana jika antara jenis?” Beliau bersabda,”jika kamu bisa auratmu tidak terlihat oleh seorangpun,hendaknya tidak ada yang melihatnya.” Beliau ditanya lagi,”bagaimana jika seseorang(telanjang) sendirian?” Beliau bersabda,”rasa malu lebih berhak diberikan kepada Allah daripada kepada manusia,”(HR Abu dawud(no.4017) dan selainny sanad hasan)
Lapan syarat pakaian wanita muslimah
1)    Menutupi seluruh tubuhnya
Namun para ulama berbeza pendapat tentang wajah dan dua telapak tangan.
Allah Taala berfirman:
“Hai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin:’Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal sehimgga mereka tidak diganggu,dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.”(al-ahzab:59)
Ketahuilah wahai saudariku muslimah bahawa para ulama telah sepakat bahawa muslimah wajib menutup seluruh tubuhnya. Dan perbezaan pendapat hanyalah masalah wajah dan dua tapak tangan.mereka beralasan dengan sejumlah dalil.diantaranya
1-      Firman Allah Ta’ala:
dan apabila kamu meminta sesuatu(keperluan) kepada mereka(isteri-isteri Nabi),mintalah dari belakang tabir.”(al-Ahzab:53)
Ayat ini turun ketika Nabi SAW bernikah dengan Zainab binti Jahsy. Saat itu beliau mengundang  para sahabat dan mereka pun makan. Setelah itu mereka keluar dan tinggal beberapa orang sahaja. Mereka tetap tinggal (duduk) bersama rasulullah SAW. Kemudian beliau keluar bersama Zainab, lalu beliau masuk berkalai-kali agar mereka keluar. Kemudian turunlah ayat ini. Kemudian beliau membentangkan tabir di antara mereka.
    Para ulama yang mewajibkan menutup  wajah mengatakan bahawa pembicaraan ini mencakupi seluruh wanita kerana semuanya termasuk ke dalam alas an diharuskannya berhijab,iaitu menjaga kebersihan hati.

2-      Firman Allah Ta’ala:
“Hai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak- anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin:’Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal sehimgga mereka tidak diganggu,dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.”(al-ahzab:59)
Mereka menafsirkan  makna (al idna’) dalam ayat di atas dengan menutup seluruh wajah dan hanya menampakkan satu mata sahaja untuk melihat.

3-      Hadis  Ibnu Mas’ud bahawa Nabi SAW bersabda:
“wanita adalah aurat. Jika ia keluar,syaitan pun menghiasinya.(HR Bukhari dan Muslim)

4-      Hadis Asma’ binti Abi Bakr
Ia berkata,”kami biasa menutup wajah kami dari kaum laki-laki dan kami biasa bersisir ketika ihram sebelum itu.(Mustadrak al Hakim(1/454) dengan sanad yang soheh)

Dan sebahagian ulama lain berpendapat bolehnya membuka wajah dan dua telapak tangan, dan menutupnya adalah sunnah, tidak wajib. Mereka beralasan dengan sejumlah dalil,di antaranya adalah:

1-      Firman Allah Ta’ala:
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) Nampak darinya.”(an-nur:31)
Mereka berkata “kecuali yang (biasa) nmpak darinya, maksudnya adalah wajah dan dua telapak tangan.
2-      Hadis Aishah
Bahawa Asma’ binti Abi Bakr pernah masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan pakaian yang tipis. Kemudian Rasulullah berpaling dan berkata,”wahai Asma’ sesungguhnya jika wanita telah mengalami haidh,maka tidak boleh dilihat darinya kecuali ini dan ini,”sambil mengisyaratkan wajah dan keua telapak tangan beliau.(HR Abu Dawud no.4104)
Ini adalah dalil yang paling jelas yang menguatkan pendapat ini,tetapi sanad-sanad hadis ini sgt lemah.
Mereka juga beralasan dengan sejmlah dalil yg menunjukkan bahawa kaum muslimah biasa membuka wajah atau kedua telapak tgnnya di hadapan Nabi dan beliau tidak melarang mereka. Di antara dalilnya adalah:

1-      Hadis Aishah
Ia berkata,”dahulu, para wanita biasa mengikuti solat subuh bersama Nabi dengan menggunakan kerudung. Kemudian mereka kembali ke rumah sellesai solat dan mereka tidak bias dikenali kerana hari masih gelap.( al Bukhari no.578)
Mereka mengatakn bahawa yang difahami dari hadis di atas jika tidak kerana gelap mereka pasti akan dikenali dan biasanya mereka dikenali kerana wajah mereka tidak ditutupi. Dan banyak lagi dalil- dalil lain yang boleh dijadikan bukti kewajipan menutup aurat. Penulis juga menutup perbahasan dengan menetapkan beberapa hal berikut:
1-      Para ulama telah sepakat tentang wajibnya menutup seluruh tubuh wanita merdeka selain wajah dan kedua telapak tangannya.
2-      Orang orang yang berpendapat tidak wajibnya menutup wajah mengatakan bahawa menutup wajah adalah lebih afdhal dan lebih utama,khusunya pada zaman yang penuh fitnah ini.

             2)   Bukan pakaian perhiasan
               Hal ini berdasarkan firman Allah Taala:
 “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak                darinya,”(an nur:31)
Berdasarkan ayat ini,mencakupi pakaian luar yang nampak jika p[akaian tersebut sebagai perhiasan yang menarik perhatian kaum laki- laki.
Juga sabda Nabi SAW:
“ada tiga golongan yang tidak perlu kamu Tanya tentang mereka,iaitu orang yang memisahkan diri dari jemaah dan durhaka(tidak taat)  kepada pemimpinnya,lalu mati dalam keadaan masih durhaka, budak perempuan atau laki2 yang melarikan diri kemudian dia mati, dan wanita yang ditinggal pergi suaminya yang kebutuhan nafkahnya sudah dicukupi olehnya,tetapi ia masih saja melakukan tabarruj. Janganlah kamu tya lagi tentang mereka ini.(HR Ahmad(6/119)
Tabarruj adlah seorang wanita menampakkan perhiasan atau kecantikannya serta sesuatu yang wajib ditutupinya yang dapat membangkitkan syahwat laki-laki.(Fat-hul Bayan(7/274)
3)    Pakaian tersebut tebal atau tidak membentuk bahagian yang ditutupinya
Telah disebutkan bahawa Nabi saw bersabda:
ada dua golongan calon peghuni neraka yang belum pernah aku lihat
…dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang..meraka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mencium aromanya, padahal aroma syurga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian.(HR muslim no.2128)
Yang dimaksudkan adalah wanita-wanita yang memakai pakaian nipis yang membentuk tubuh dan tidak menutupinya,mereka dinamakan wanita yang memakai pakaian tertutup tetapi sebenarnya mereka telanjang..nah..betapa ramai sgt sebenarnya wanita yang berpakain tetapi telanjang..nauzubillah..

4)    Pakaian tersebut longgar,tidak ketat dan tidak membentuk tubuhnya.
Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, ia berkata:
“Rasulullah saw memakaikan kepadaku pakaian qubthiyah yang tebal, pakaian tersebut adalah salah satu hadiah yang diberikan oleh Dihyah al-Kalbi, kemudian aku memakaikannya untuk isteriku, lalu Rasulullah bertanya kepadaku,’mengapa engkau tidak memakai qubhtiyah? ‘wahai Rasulullah, pakain tersebut telah aku kenakan kepada isteriku,’jawabku.kemudian Rasulullah bersabda kepadaku,’perintahkanlah ia mengenakan ghilalah, kerana aku khuwatir pakaian tersebut menampakkan bentuk tubuhnya.”(HR Ahmad no.5/205)
Al qubthiyah adalah pakaian yang biasa dikenakan di mesir dan ghilalah adalah pakaian dalam yang biasa dikenakan di bawah pakaian yang lainnya.
Kepada saudariku,pada zaman sekarang tidak cukup bagimu mengenakan pakaian yang menutupi rambut dan leher sahaja dan juga mengenakan  pakaian yang ketat dan singkat.kita harus segera menjadikan penutupan aurat kita sempurna sesuai dengan perintah Allah Taala,sebgaimana  kita sepatutnya meneladani wanita muhajirah dahulu ketika diturunkan ayat yang memerintahkan mengenakan kerudung menutup kepala ’lalu mereka merobek pakaian- pakaian mereka dan menjadikannya kerudung kepala.

5)    Pakaian tersebut tidak dipercik wangian
Dari Abu Musa al- Asyari, ia berkata,Rasulullah saw bersabda:
wanita mana saja yang memakai wangian,lalu ia melewati suatu kaum agar mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut dianggap wanita penzina.’(HR Abu Dawud no.4172)
Asbab larangan tersebut sudah jelas iaitu kerana di dalamnya mengndungi unsur- unsur yang dapat menarik syawat laki-laki.
Al- Haitsami menyebutkan dalam az- zawajir(2/37) bahawa keluarnya wanita yang memakai minyak wangi dan perhiasan dari rumahnya termasuk dosa besar meskipun diizinkan oleh suaminya.

6)      Tidak menyerupai pakaian laki-laki
Diriwatkan dari Ibnu Abbas ra berkata,”Rasulullah saw melaknat kaum laki- laki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum laki- laki.”(Al-Bukhari no.5885)
Ertinya laki- laki tidak boleh menyerupai wanita dalam berpakaian dan tidak boleh mengenakan pakaian  wanita, begitu juga sebaliknya.syariat ini memiliki dua tujuan:pertama,membezakan antara laki- laki dan wanita. Kedua, melindungi kaum wanita.

7)    Tidak menyerupai pakaian wanita kafir
Di antara hal yang ditetapkan oleh syariah bahawa kaum muslimin,baik laki- laki mahupun wanita tidak boleh menyerupai orang- orang kafir, baik dalam beribadah, berhari raya, mahupun dalam hal pakaian yang khusus bg mereka.
Abdullah bin Amr berkata”
Rasulullah saw pernah melihatku mengenakan dua pakaian yang dicelup warna kuning. Kemudian beliau bersabda,’sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian kaum kafir.kerana itu, jangan engkau pakai.(muslim no.2077)
Yang dimaksudkan di sini adalah agar diketahui bahawa seorang wanita tidak boleh memakai pakaian yang mengandungi keserupaan dengan pakaian wanita kafir.

8)    Bukan merupakan pakaian ketenaran(syuhrah)
Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra, ia berkata,”Rasulullah saw bersabda:
“barangsiapa memakai pakaian syuhrah (ketenaran) di dunia, maka Allah akan memakaikan pakaian kehinaan pada hari Kiamat kelak, kemudian dinyalakan api untuknya di dalamnya”(Abu dawud no. 4029)
Pakaian syuhrah adalah setiap pakaian yang dimaksudkan untuk mencari ketenaran di tengah- tengah manusia, baik berupa pakaian indah yang ia pakai untuk berbangga diri dengan dunia dan perhiasanya untuk menampakkan sikap zuhud dan riya’.

Moga pekongsian ini bermanfaat untuk semua muslimah dalam usaha untuk menjadi muslimah yang terbaik mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Hanya Allah yang mampu memberikan hidayah menuju jalan yang lurus kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Ya Allah, hanya kepadaMu kami semua memohon ilmu yang bermanfaat dan amal yang diterima.ameen..wallahualam..

with love n du'a
~fatma haniza~